Teknik Mengajar - Langkah Pertama

Dalam video ini anda akan ditunjukkan langkah pertama dalam mengajar bunyi iaitu memperkenalkan bunyi. Dalam langkah ini guru hendaklah memperdengarkan bunyi yang diajar supaya kanak-kanak dapat menyebut balik bunyi yang diajarkan.

Point penting - (1) Dapatkan perhatian dan bagi tahu nak ajar bunyi (2) minta kanak-kanak lihat kedudukan mulut (3) tunjukkan kedudukan mulut untuk bunyi yang akan diajar (4) sebut bunyi kuat-kuat 5-6 kali (5) tanya kanak-kanak apa bunyi yang mereka dengar.

Dalam langkah ini, jangan tunjuk simbol atau huruf lagi. Sebut bunyi dengan jelas , jangan cepat sangat . Ulang bunyi yang kanak-kanak sebut selepas ditanya. Puji mereka. Jika mereka tidak dapat sebut bunyi dengan betul, ulang sebut sekali lagi.