Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda terhadap Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Early Reading Series ReadEasy Phonics. Sejak diterbitkan tahun 1997, Bacalah Anakku telah membantu jutaan anak-anak membaca seawal usia 3 tahun. Kini, Bacalah Anakku dan ReadEasy telah digunakan secara meluas di Taska, Tadika, Pra-Sekolah, Kelas Pemulihan, Kelas Program Khas, Program KIA2M, Kelas Peralihan dan juga di rumah. Sebagai tanda penghargaan kepada semua yang telah dan akan menggunakan Bacalah Anakku dan ReadEasy, mulai 1 September 2007 hingga 31 Disember 2007, ReadNetwork menawarkan pakej promosi Banner Percuma dan Baucar Bestari RM50. Teruskan selangkah lebih bijak bersama ReadNetwork!
Syarat-syarat untuk mendapatkan banner percuma:
- Tawaran ini hanya SAH mulai 1 September 2007 hingga 31 Disember 20007 kepada institusi yang TELAH atau AKAN menggunakan Bacalah Anakku dan/atau ReadEasy.
- Tujuan banner ialah untuk makluman pendaftaran kemasukan sesi 2008.
- Gambar buku Bacalah Anakku dan/atau ReadEasy akan dicetak di sebelah kiri banner (lihat contoh di bawah).
- Satu institusi atau cawangan layak mendapat satu banner sahaja secara percuma. Tambahan bayaran sebanyak RM60 dikenakan bagi setiap tambahan banner.
- Spesifikasi banner: Vinyl bersaiz 3 kaki x 8 kaki dengan resolusi cetakan 400 dpi.
- Tempahan banner hendaklah dibuat melalui borang pesanan yang disediakan.
- Banner akan diproses selepas mendapat maklumat lengkap dan dihantar kepada pemesan dalam temph 14 hari dari tarikh pesanan.