Syarat-syarat untuk mendapatkan BAUCAR BESTARI RM50:
- Baucar Bestari bernilai RM50 akan diberikan kepada Tadika/Institusi bagi setiap pembelian atau pesanan pada nilai RM750 dalam satu bil/inbois secara terus atau melalui pengedar ReadNetwork antara 1 September 2007 hingga 31 Disember 2007.
- Baucar ini hanya boleh ditukar sebagai sebahagian daripada bayaran yuran kursus anjuran ReadNetwork mulai 1 Oktober 2007 hingga 30 Jun 2008.
- Baucar ini hanya SAH digunakan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.
- Satu baucar hanya SAH untuk seorang peserta bagi satu kursus sahaja (seorang peserta tidak boleh menggunakan 2 baucar untuk kursus yang sama).
- Jadual kursus dimaklum melalui laman web www.readnetwork.com, akhbar Harian Metro dan Majalah ANIS.
- Baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai.