Langkah yang perlu anda lakukan untuk mengajar kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku
Langkah 1 - Fahami Konsep
Memahami apa itu kaedah fonik , bunyi apa yang diajar, bagaimana kanak-kanak membaca dalam kaedah ini,
mengenalpasti kenapa kaedah ini lebih sesuai untuk kanak-kanak se awal usia 3-4 tahun , sangat sesuai untuk 5-6 tahun dan
berkesan untuk kanak-kanak pemulihan, bahkan untuk dewasa yang masih belum dapat membaca. Ketahui juga penjelasan kepada
beberapa salah faham dan kekeliruan mengenai kaedah fonik dan perbandingan kaedah ini dengan kaedah lain seperti mengeja
dan sukukata. Ikuti siri 'Free Videos' kami
Langkah 2 - Cara Mengajar
Untuk mengajar dengan berkesan , kami mencadangkan ibu bapa, guru dan pendidik mengikuti kursus asas kami yang menjelaskan
cara yang betul menyebut bunyi, teknik mengajar bunyi melalui aktiviti asosiasi, teknik yang betul mengajar bunyi langkah demi
langkah , teknik yang betul mengajar membaca melalui aktivti gabung bunyi dan aktiviti asas menggabung bunyi, membaca dan menulis
yang sesuai dengan kaedah fonik. Ikuti siri 'Basic Teaching Videos' dengan menjadi Subcriber kami yang berbayar.
Langkah 3 - Pengukuhan
Untuk mengajar dengan lebih berkesan , kami mencadangkan ibu bapa, guru dan pendidik mengikuti beberapa teknik yang boleh membantu - aktiviti belajar sambil bermain, teknik manipulasi , teknik rantaian bunyi, aktiviti khas untuk murid pemulihan dan berkeperluan khas - dysleksia, autistik, lembab, ADHD - dengan mengikuti siri 'Advanced Teaching Videos' kami secara pay-per-view.
Welcome
Our Exclusive Videos
Hanya 4 tajuk
pertama bertanda sahaja yang baru ada videonya. Video lain akan dimuatnaik dalam tempoh terdekat