Home Readnetwork Our Videos


Learn2Teach Effectively

Welcome to the home of Bacalah Anakku & Readeasy

Bacalah Anakku & Readeasy Teaching Videos


Langkah yang perlu anda lakukan untuk mengajar kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku

Langkah 1 - Fahami Konsep

Memahami apa itu kaedah fonik , bunyi apa yang diajar, bagaimana kanak-kanak membaca dalam kaedah ini, mengenalpasti kenapa kaedah ini lebih sesuai untuk kanak-kanak se awal usia 3-4 tahun , sangat sesuai untuk 5-6 tahun dan berkesan untuk kanak-kanak pemulihan, bahkan untuk dewasa yang masih belum dapat membaca. Ketahui juga penjelasan kepada beberapa salah faham dan kekeliruan mengenai kaedah fonik dan perbandingan kaedah ini dengan kaedah lain seperti mengeja dan sukukata. Ikuti siri 'Free Videos' kami

Langkah 2 - Cara Mengajar

Untuk mengajar dengan berkesan , kami mencadangkan ibu bapa, guru dan pendidik mengikuti kursus asas kami yang menjelaskan cara yang betul menyebut bunyi, teknik mengajar bunyi melalui aktiviti asosiasi, teknik yang betul mengajar bunyi langkah demi langkah , teknik yang betul mengajar membaca melalui aktivti gabung bunyi dan aktiviti asas menggabung bunyi, membaca dan menulis yang sesuai dengan kaedah fonik. Ikuti siri 'Basic Teaching Videos' dengan menjadi Subcriber kami yang berbayar.

Langkah 3 - Pengukuhan

Untuk mengajar dengan lebih berkesan , kami mencadangkan ibu bapa, guru dan pendidik mengikuti beberapa teknik yang boleh membantu - aktiviti belajar sambil bermain, teknik manipulasi , teknik rantaian bunyi, aktiviti khas untuk murid pemulihan dan berkeperluan khas - dysleksia, autistik, lembab, ADHD - dengan mengikuti siri 'Advanced Teaching Videos' kami secara pay-per-view.