Pengedar Utama
Bacalah Anakku dan 
ReadEasy
SPESIFIKISASI KURSUS

Tempoh
Satu Hari

Masa
8.30 pagi - 12.30 t.hari Bacalah Anakku
2.00 ptg - 4.30 ptg ReadEasy

Sasaran
Guru prasekolah, guru sekolah rendah, guru pemulihan dan ibu bapa pelajar
bermasalah

Kandungan
Mengenai fonik, latihan bunyi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, teknik asas
mengajar, dan panduan mengajar

Disertakan
Fail dan lampiran dan sijil penyertaan

Harga
RM 3000.00  ( negotiable ) untuk 50 orang pertama ( untuk penganjur )
RM 150.00 seorang peserta ( jika dianjurkan oleh ReadNetwork )
RM 80.00 seorang peserta untuk satu (1) kursus atau separuh hari.
KURSUS ASAS
BACALAH ANAKKU & READEASY
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku mula diperkenalkan pada akhir tahun 1996 oleh pasangan suami isteri , Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi, yang juga merupakan bekas guru bahasa Inggeris yang terlatih.

Siri ini mengandungi 8 buah buku yang telah disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun. Siri ini telah berjaya membantu ribuan kanak-kanak di Malaysia, khususnya, membaca dengan cepat berdasarkan kaedah fonik dan stail penyusunan teks bacaannya.


Kini siri ini telah menjadi antara bahan utama untuk mengajar membaca terutamanya di rumah dan di tadika-tadika di seluruh Malaysia, di pusat-pusat prasekolah di sekolah-sekolah rendah , di kelas-kelas pemulihan sekolah rendah dan menengah , serta di pusat-pusat cepat membaca semenjak tahun 1997 lagi. Siri ini juga telah digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam sebagai program membaca di prasekolah dan Tahun 1 seluruh negara pada tahun 2009.

Kini siri ini telah dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan yang berkaitan seperti Buku aktiviti,  Buku Rancangan Mengajar, Buku Permainan Kreatif , Set Kad Abu Ada Ayam, Buku Penulisan Kreatif, Carta Bunyi dan Poster Bacaan.

MENGENAI READEASY

Readeasy Reading Seris mula diperkenalkan pada tahun 2001 juga oleh pasangan suami isteri , Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi, yang juga merupakan bekas guru bahasa Inggeris yang terlatih.

Siri ini turut mengandungi 8 buah buku yang telah disusun berdasarkan kaedah fonik ‘synthetic’ untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun. Siri ini telah membolehkan kanak-kanak yang telah belajar kaedah fonik dalam bahasa Melayu membaca dalam bahasa Inggeris dengan mudah pada peringkat Beginner Level dan Intermediate Level. Sekiranya mereka dapat menamatkan Advanced Level, keupayaan mereka membaca setara dengan kanak-kanak yang berusia 11-12 tahun jika tidak lebih baik.

Kini siri ini telah dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan yang berkaitan seperti Buku aktiviti,  Set Cory Cat Song,   Carta Bunyi dan Poster Bacaan.


Melalui kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy, kanak-kanak membaca hanya dengan menyebut terus bunyi-bunyi dan menggabungkan bunyi-bunyi tersebut untuk membaca perkataan tanpa perlu mengeja-eja atau menghafal suku kata.

Melalui cara ini kanak-kanak boleh membaca seawal usia 3 tahun , membaca dengan cepat dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja, membaca dengan lancar perkataan yang panjang dan dapat membantu kanak-kanak yang ada masalah keupayaan membaca serta kanak-kanak pemulihan. Dan mereka dapat membaca dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris SEKALIGUS.
MENGENAI BACALAH ANAKKU
[Kursus Intensif Bacalah Anakku] [Kursus Intensif ReadEasy] [Kursus Asas ReadEasy & Bacalah Anakku] [Taklimat dan Bengkel]
Untitled Page